Nama : Muhammad Fahmi Bin Muhd

Umur : 12 tahun

Ahli Sejak : 2017

 

Latar belakang

Adik Muhammad Fahmi adalah seorang yang pendiam dan agak pemalu. Tahap penguasaan dalam ilmu ICT adik Fahmi pula adalah sangat lemah dan masih lagi tidak tahu apa-apa. Namun, setelah berkunjung ke PI1M, dan menyertai kelas Asas Komputer, perwatakan adik Fahmi mulai berubah dari seorang yang pendiam, kini adik Fahmi lebih berkeyakinan. Pengetahuan Adik Fahmi  dalam ICT juga mulai meningkat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengunjungi PI1M, tahap pengetahuan dalam ICT sangat lemah dan masih tidak tahu apa-apa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah berkunjung ke PI1M, dengan menyertai kelas Asas Komputer, pengetahuan Adik Fahmi dalam ICT mulai meningkat. Adik Fahmi mulai tahu serba sedikit perkara asas dalam ICT seperti melayari internet, menaip, menyimpan rekod, membuat pengiraan, mencari maklumat, memuat turun gambar dan lagu, dan bermain permainan berkomputer. Dari seorang yang pendiam, kini adik Fahmi lebih yakin pada diri sendiri dan lebih positif berbanding dengan sebelum ini.

111111111.jpg