Produk Tempatan yang berasaskan produk makanan.

Produk ini dihasilkan oleh anak jati Pekan Jelawat. Produk yang berasaskan makanan seperti sos cili, sos tomato, sos pencicah, cuka makan, budu, belacan, kicap dan juga rempah ratus pelbagai sup dan pes (cili giling, perencah ikan bakar, dan tom yam). Syarikat SFI-Lazzah yang ditubuhkan pada tahun 2001 di pekan Jelawat ini sebenarnya diasaskan oleh 2 orang srikandi anak tempatan iaitu Kak Zah (Azizah Ali) dan Kak Na (Azrina Ali). Banyak kejayaan dan anugerah yang telah di tempa oleh syarikat ini. Antara pencapaian terbaik syarikat ini adalah mendapat anugerah Pensijilan Kualiti-ISO 9002 dari SIRIM QAS. Selain itu, kejayaan manis syarikat ini juga telah mendapat Anugerah Kecermerlangan Industri-QMEA dari MITI serta pengiktirafan Projek-Wisma Lazzah bertaraf Kilang Otomatik-GMP.

 

k

 

Antara hasil produk yang dihasilkan oleh Syarikat SFI-Lazzah

Pelbagai Sos dan Pes

IMG 0272

 

IMG 0274

 

IMG 0273

 

IMG 0275