Pendidikan Rendah dan Menengah Sekitar Pekan Jelawat

 

Maklumat tentang sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di Daerah Bachok boleh diperolehi melalui laman sesawang Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok. Terdapat 33 buah sekolah rendah, 14 buah sekolah menengah, 6 buah sekolah menengah agama (Arab), dan 3 buah institusi pendidikan swasta dalam Daerah Bachok. Selain itu, terdapat 2 buah sekolah yang terhampir dengan Pi1M Jelawat iaitu Sekolah Kebangsaan Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat dengan jarak kurang daripada 1 kilometer bagi setiap sekolah.

 

 

Info Sekolah Kebangsaan Jelawat

sk

Alamat: Jalan Kedai Jelawat, 16370 Bachok, Kelantan, Malaysia.

Sesi Persekolahan: Pagi sahaja

Guru Besar: Tuan Haji Mat Ludin Bin Haji Hassan

Jumlah Pelajar: 1,070 pelajar

Jarak: 200 meter

 

 

Info Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat

smk

Alamat: Jelawat, 16030 Bachok, Kelantan, Malaysia.

Sesi persekolahan: Pagi sahaja

Pengetua: Tuan Haji Mohamed Yusoff Bin Yaacob

Jumlah pelajar: 1,284 pelajar

Jarak: 400 meter