Pantai Melawi

Perjalanan yang ditemani  pemandangan indah dengan perkampungan yang berhampiran pantai membawa pelancong dan pengunjung ke sebuah pantai yang terkenal di Daerah Bachok. Tempat penginapan seperti Bayu Melawi Chalet, Damai Melawi Chalet, Rhu Melawi Chalet, Redzwan Beach Resort, Kuala Rekang Village dan Sri Pantai Resort menjadikan pantai sebagai satu pilihan untuk pengunjung mencari ketenangan sambil menikmati keasyikan bersantai bersama keluarga dan insan tersayang. Ironinya, pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti barbeku dengan kemudahan yang disediakan berlatarkan suasana indah dan segar. Lokasi Pantai Melawi berjarak sekitar 30 kilometer dari bandar Kota Bharu.

1

Pantai Irama juga dikenali sebagai Beach of Melody, pantai ini menghadap Laut China Selatan dan mendapat pengiktirafan para pengunjung sebagai pantai tercantik di Pantai Timur. Sesuai untuk aktiviti piknik dan perkhemahan, juga mempunyai kemudahan terutamanya pilihan makanan yang beraneka menjadikannya berada dalam kelasnya yang tersendiri. Butiran pasir yang memutih bersih dan infrasturktur yang tidak mengecewakan berjaya menarik perhatian para pengunjung dan pelancong-pelancong asing setiap tahun.

Lokasi Pantai Irama terletak di pinggir bandar Bachok kira-kira 20 kilometer daripada Kota Bharu.

Layari Majlis Daerah Bachok untuk keterangan lanjut berserta foto-foto menarik.

a

Sumber: http://jelawat.bachok.net/