Pasar Jelawat

pasar

 

Istimewanya kedudukan pasar Jelawat ialah dikelilingi oleh kedai-kedai peruncit yang menjual pelbagai jenis barangan harian dan perkhidmatan asas. Ini secara tidak langsung menambahkan lagi kemeriahan dan menjanjikan kedatangan 'wajib' para pengunjung yang datang dari sekitar pekan Jelawat setiap hari. Keperluan harian boleh diperolehi di pasar ini seawal 5 pagi daripada peraih-peraih tempatan dan aktiviti perniagaan ini lazimnya melabuhkan tirai menjelang tengahari. Kemeriahan berjual-beli lebih terasa pada setiap hari Jumaat yang akan didatangi dua kali ganda pengunjung (sekitar Bachok) berbanding hari biasa kerana keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan juga merupakan keperluan asas masakan yang lain iaitu bukan satu kesukaran untuk diperolehi dengan harga yang cukup berpatutan.

 

Sumber: http://www.kelantan.gov.my/

 

 

Hentian Teksi (Kereta Sewa)

Mod pengangkutan yang menjadi pilihan penduduk sekitar adalah kenderaan bermotor seperti bas dan kereta sewa. Selain itu, motor tambang dan bot masih digunakan bagi mereka yang perlu melalui kawasan air.

 

 

Masjid / Surau

Masjid  Naim Jelawat (Alamat: 16370 Jelawat Bachok terletak 500 meter daripada PEDi Pekan Jelawat.)

Imam: Mohd Kamil Abdul Hamid

 

 

Stesen Minyak Shell

 

 

Homestay Trisha

 Rumah tamu Trisha terletak di banguanan Wisma Ibrahim sekitar 2 km dari Pi1M Jelawat. Rumah tamu ini antara yang selesa dan terhampir dengan Pekan Jelawat dengan kelengkapan asas untuk digunakan tetamu yang berkunjung. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 012-3997531.

 

 

Perkhidmatan Pos 

Perkhidmatan pos mini oleh Ariena Computer & Multimedia bagi kemudahan komuniti setempat.

Perkhidmatan disediakan: Bayaran bil (TNB, Air Kelantan, Astro, TM Net, Maxis, Celcom, DIGI, Indah Water, TM, Time Dot Com dan lain-lain).

 

 Kewangan

Perkhidmaatan kewangan dan perbankan dengan perkhidmatan seperti simpanan, pinjaman, insurans dan khidmat nasihat.

Agrobank dengan dasar pembiayaan bagi sektor pertanian berpandukan polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bank Simpanan Nasional dengan galakan simpanan, pelaburan dan pengurusan kewangan yang berhemat dalam kalangan rakyat Malaysia demi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.