Menjejaki Peranan Wanita di Pasar Jelawat

 

Wanita-wanita kebanyakannya terlibat dengan aktiviti perniagaan. Lebih tepat, usahaniaga produk sendiri seperti ole-ole tempatan masyarakat Kelantan. Semestinya negeri yang terkenal sebagai Serambi Mekah ini, menjadikan aktiviti berniaga di nombor teratas dan sebagai sumber pencarian. Buktinya, wanita boleh dilihat melakukan aktiviti berniaga sama ada kecil atau sederhana di gerai-gerai atau di pasar sekitar Jelawat.

 

Pengunjung boleh datang dan melihat sendiri aktiviti perniagaan ini seperti menjual pakaian asas kanak-kanak dan dewasa, berniaga warung-warung kopi dan kedai makan, menjual sayur-sayuran, ulaman dan buah-buahan, mengusaha kuih-muih tradisonal Kelantan yang pelbagai jenis.

 

Dengan memilih makanan tempatan sebagai produk jualan seharian, ramai pengunjung yang datang dari segenap negeri terutamanya setiap hari Jumaat untuk membeli, kerana harga yang ditawarkan begitu berpatutan.

b

Informasi tambahan: Di negeri Kelantan terdapat lima lagi pasar utama iaitu Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu), Pasar Wakaf Che Yeh (Kota Bharu), Pasar Rantau Panjang (Tumpat), Pasar Tok Bali (Pasir Puteh), dan Pasar Wakaf Aik (Bachok).