WhatsApp Image 2022 04 26 at 9.55.25 AM

 SELAMAT DATANG

Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Bachok, Kelantan mengucapkan SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat portal komuniti kami. PEDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 pusat untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa Satu dan 52 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kehidupan seharian komuniti setempat.

 

 

 

Pengenalan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

| VISI | Menerokai Signifikasi Jalur Lebar

| MISI | Menginspirasi Komuniti Dalam Melayari 3E 

| MOTO | Inspirasi Komuniti Digital

 

 

 

 

Keunikan PEDi Jelawat

PEDi Pekan Jelawat adalah sebuah Pusat Ekonomi Digital khas bagi komuniti setempat yang ingin menggunakan Internet dengan caj istimewa sebanyak RM1.00 (ahli) dan RM2.00 (pelawat). Menariknya pelanggan yang mendaftar sebagai ahli PEDi layak berjalur lebar dengan caj PROMOSI Internet percuma selama 1 jam sehari selama 90 hari bermula tarikh mendaftar.

Pelanggan berdaftar dengan kami juga berpeluang menyertai aktiviti bengkel dan latihan asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara PERCUMA (* Ahli mendaftar sahaja) dalam menerokai aplikasi '3E' seperti e-Pembelajaran (e-Learning), e-Dagang (e-Commerce), dan e-Kerajaan (e-Government). Bengkel adalah dibawah kendalian pihak pengurusan Pusat Internet sendiri iaitu pengurus dan penolong pengurus sebagai individu terlatih (well-trained).

Sekiranya anda dari golongan wanita, pelajar, belia, lepasan IPTA/IPTS, prasekolah, pemburu kerjaya, orang kurang upaya (OKU), warga emas, nelayan, penternak, atau usahawan sokongan dan kehadiran anda adalah keutamaan kami dalam perkongsian informasi kerana kami sentiasa menghargai anda sebagai "Inspirasi Komuniti Digital".

Perkhidmatan PEDi Pekan Jelawat

  1. Internet Jalur Lebar
  2. WiFi PEDi Jelawat
  3. Kampung Tanpa Wayar (KTW) @ Kg. Wifi
  4. Latihan Teknologi Maklumat & Komunikasi
  5. Asas Komputer & Internet
  6. Percetakan (Printing)
  7. Fotokopi (Fotocopy)
  8. Imbasan (Scanning)
  9. Kemasan plastik (Laminating)
  10. Sewa bilik bengkel
  11. Dan tentunya ruang selesa bagi proses pembelajaran teknologi masa kini

 

Informasi Operasi |

Setiap hari kecuali Cuti Umum |

Bermula jam 9.00 pagi - 6.00 petang

 

Masa Rehat |  

 1.00 petang - 2.00 petang (Sabtu - Khamis)   

 12.30 petang - 2.30 petang (Jumaat)

Perhatian: Masa rehat pada hari Jumaat adalah dua jam bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

 

Maklumat Lanjut 

Layari Portal | http://jelawat.pjk.com.my

Talian/Emel Petugas |

Pengurus | Puan Aainaa 013.212.2913 ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 

Penolong Pengurus | Cik Norihan 0113.911.5782 ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)