IKON USAHAWAN PEDi PEKAN JELAWAT

Nama : Rozana Binti Mohd Rahim

Perniagaan : Kosmetik dan Kecantikan

 

Screenshot 2023 09 14 101548 

Shopee : https://shopee.com.my/riffannaaqilah

 

WhatsApp Image 2023 09 14 at 10.21.10

Tiktok : riffannabeauty

-- Rozana atau lebih dikenali sebagai Cik Na telah menjalankan perniagaan kosmetik secara atas talian sejak 2 tahun lepas. Pada permulaan perniagaan Cik Na tidak berjalan dengan lancar tetapi Cik Na tidak berputus asa dan berusaha dengan mengikuti kelas bimbingan keusahawanan yang disediakan di PI Jelawat. Semakin hari bisnes beliau semakin membaik dan kini Cik Na mampu mencipta team nya sendiri untuk berjualan.

-- Mengikuti bengkel keusahawanan sejak tahun 2018 dan kini aktif berniaga secara atas talian. Cik Na juga pernah menjadi jemputan tenaga pengajar kepada ushawan baru online di PEDi Pekan Jelawat.

 

 

INSPIRASI USAHAWAN SEKITAR JELAWAT

 


 

1. Meena Textile

NAMA PERNIAGAAN: Meena Textile

JENIS PERNIAGAAN: Tekstil

ALAMAT PERNIAGAAN: PT 11, Kedai Jelawat, 16070 Bachok Kelantan

LAMAN MAYA / TEL: 012-9097626

ab

 Meena Textile merupakan sebuah kedai runcit dan borong beralamat PT 11, Kedai Jelawat, 16070 Bachok Kelantan. Mengikut kata pemiliknya, Puan Aminaton Binti Yusuff yang berasal dari Pantai Melawi Bachok Meena Textile beroperasi pada 24 Disember 2007.

Dengan dua buah cawangan iaitu Meena Collection di Machang dan Bazar Tok Guru Kota Bharu produk yang dijual berbentuk material khas bagi wanita semua lapisan usia seperti kain-kain pasang, pelbagai jenis tudung dan pakaian siap seperti kurung moden dan jubah muslimah. Apa yang menarik adalah kain-kain di Meena hanya yang terpilih, berkualiti dengan harga berpatutan.

ac

 

2. Wani Jaya Enterprise

NAMA PERNIAGAAN: Wani Jaya Enterprise

JENIS PERNIAGAAN: Peralatan Elektrik / Elektronik

ALAMAT PERNIAGAAN: PT 9, Depan Pasar Jelawat, 16070 Bachok Kelantan.

LAMAN MAYA / TEL: WANI JAYA Enterprise / 09-7789301   

ad

Wani Jaya yang beroperasi di Pekan Jelawat ini dimiliki oleh Tuan Ridhuan Foo Bin Abdullah. Premis yang menyediakan servis penjualan produk elektronik berjenama Panasonic ini mula beroperasi sejak 1986. Ridhuan Foo yang berasal dari Jelawat yang juga sebagai Pengarah Urusan di Wani Jaya Enterprise turut mempunyai sebuah cawangan lagi di Kubang Kerian, Kota Bharu.

ae

Alamat: PT 9, Depan Pasar Jelawat, 16070 Bachok Kelantan.

Cawangan: PT 1715 & 1716, Hadapan HUSM Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu Kelantan.

Telefon ofis: 09-7789301                

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Trivia | Satu-satunya premis Panasonic Bumiputera yang tertua di Malaysia yang dilantik oleh Syarikat Panasonic, Jepun.