BoinkBallChallengePoster

Kepada semua pengunjung PI1M jangan berlengah lagi, rebutlah peluang keemasan melalui penyertaan pertandingan 'Game Online' baru iaitu 'Boink Ball' untuk suku tahun ke - 4 /2017. Pelbagai hadiah menarik menanti setiap pemenang. Caranya semudah ABC. Ayuhh cepat sertainya:

Bagaimana untuk muat turun ‘Boink Ball’ di Google Play.
Klik ikon Play Store untuk buka Google Play.
Taip perkataan “Boink Ball” di ruang carian.
Klik Ikon “Boink Ball” dari Kuaci Studio.
Klik butang INSTALL.
Klik butang ACCEPT dan tunggu sehingga “Boink Ball” selesai di muat turun.
Klik butang OPEN dan mula bermain.

Cara menyertai event game Pi1M untuk permainan Boink Ball.
Klik butang LOGIN.
Masukkan Username (Id Pi1M anda) dan Password dan klik butang OK.
Masukkan No telefon anda dan klik butang ACCEPT untuk menerima Terms and Conditions yang diberi.
Klik butang LEADERBOARD untuk melihat Ranking anda.
Leaderboard dan ranking juga boleh dilihat setiap kali permainan tamat.
Leadeaboard di tentukan dengan markah yang paling tinggi.

Untuk makluman juga, pertandingan ini berakhir pada 31 dis 2017, dan nama akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tutup penyertaan.

 

Bachok

Mengikut perangkaan tahun 2007, jumlah penduduk bagi kawasan Majlis Daerah Bachok - Bandar Pelancongan Islam ialah seramai 131, 753 orang.

Bachok merupakan salah satu daripada sepuluh jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.

 

 Daerah

 Bil. Mukim

 Keluasan (km/p)

 Peratusan (%)

 Bekelam

 5

 22.09

 8.7

 Gunong

 12

 57.57

 21.7

 Mahligai

 5

 19.36

 7.3

 Perupok

 8

 20.53

 7.8

 Melawi

 7

 30.06

 11.4

 Telong

 5

 64.95

 24.5

 Tanjung Pauh

 5

 11.96

 4.5

 Tawang

 9

 37.31

 14.1

 Jumlah

 56

 264.64

 100

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual 1: Keluasan Tanah dan Bilangan Mukim

 

 

Bil 

Jenis Tanah 

Keluasan (Hektar)

 1 

 Tanah Milik

 20, 598.34

 2

 Tanah Kerajaan

 4, 375.66

 3

 Tanah Rizab

 1, 490.00

 

 Jumlah

 26, 464.00

Jadual 2: Kegunaan Tanah

Sumber: Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok

 

 

Sejarah Nama Bachok 

Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang.

Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah. Nama Ban Chak akhirnya berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut. Orang Siam tempatan yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang 3 kilometer ke utara bandar Bachok pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah. 

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bachok


Di mana pekan Jelawat?

Jelawat terletak di Daerah Bachok. Jumlah penduduk yang layak mengundi di DUN tersebut pada Pilihanraya Umum 12 ialah 21, 624 orang.  Pentabiran peringkat daerah diketuai oleh empat orang penggawa, iaitu Penggawa Gunong, Penggawa Mahligai, Penggawa Telong dan Penggawa Bekelam.

Bilangan 

 Penghulu

Bilangan 

Penghulu

 1

 Beris Lalang

 11

 Telaga Ara

 2

 Alor Bakat

 12

 Permatang Pasir

 3

 Bakong

 13

 Surau Bator

 4

 Beoh

 14

 Kolam

 5

 Kuchelong

 15

 Serdang

 6

 Jelawat

 16

 Mahligai

 7

 Teratak Pulai

 17

 Pak Badol

 8

 Tepus

 18

 Kubang Berulat

 9

 Gunong

 19

 Kubang Telaga

 10

 Keting

 20

 Seneng

Jadual 3: DUN Jelawat berserta 20 orang penghulu


Jelawat mempunyai 17 buah masjid. Antara kemudahan asas lain ialah sebanyak 10 buah Sekolah Kebangsaaan,  Sekolah Menengah Kebangsaan sebanyak 4 buah, Sekolah Menengah Agama (A) sebanyak 2 buah, dan Sekolah Tahfiz Swasta sebanyak 3 buah.