Homestay.

Nama              : Mohd Asri Bin Maliki

Umur              : 37 Tahun 

Ahli                 : 2017

 

Latar belakang

En Asri merupakan seorang usahawan yang menjalankan perkhidmatan sewa Homestay secara atas talian dan luar talian kepada pelanggannya.En Asri telah menjalankan perniagaan homestay hampir 4 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM900 – RM1100 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaanya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda  dan mencecah sekitar RM1600 – RM2200.

ww

 

Pembekal daging Itik (Serati) segar.

Nama              : Nur Aida Bt Mohd Nasir

Umur              : 31 Tahun 

Ahli                 : 2010

 

Latar belakang

Pn. Nur Aida merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan keluarga dengan membeli, memproses dan membekalkan daging itik serati segar. Disamping itu, beliau juga adalah seorang pembekal  Ayam Daging dan Ayam Kampung, Ikan (pelbagai jenis ikan), Daun Palas (pada musim perayaan), Bantal (pillow), Kuih (tepung pelita) dan Satey (musim perayaan) mengikut musim dan kawasan yang tertentu sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM800 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan penjualan produknya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi penjualan produk dan mengembangkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda  dan mencecah sekitar RM1000 – RM1500.

k

 

Asas Komputer dan Internet

Nama              : Ummi Maisara Bt Muhd

Umur              : 9 Tahun 

Ahli                 : 2017

 

Latar belakang

Adik Ummi Maisara adalah seorang yang agak pemalu dan pendiam. Tahap penguasaan dalam ilmu ICT adik Ummi Maisara pula adalah sangat lemah dan masih lagi tidak tahu apa-apa. Namun, setelah berkunjung ke PI, dan menyertai kelas Asas Komputer, perwatakan adik Ummi Maisara mulai berubah dari seorang yang pendiam, kini adik Ummi Maisara lebih berkeyakinan. Pengetahuan Adik Ummi Maisara dalam ICT juga mulai meningkat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengunjungi PI, tahap pengetahuan dalam ICT sangat lemah dan masih tidak tahu apa-apa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah berkunjung ke PI, dengan menyertai kelas Asas Komputer, pengetahuan Adik Ummi Maisara dalam ICT mulai meningkat. Adik Ummi Maisara mulai tahu serba sedikit perkara asas dalam ICT seperti melayari internet, menaip, menyimpan rekod, membuat pengiraan, mencari maklumat, memuat turun gambar dan lagu, dan bermain permainan berkomputer. Dari seorang yang pendiam, kini adik Ummi Maisara lebih yakin pada diri sendiri dan lebih positif berbanding dengan sebelum ini.

IMG 7124

 

Usahawan Rekabentuk Grafik

Nama              : Hamdan B Hj. Mohd Yusoff

Umur              : 40 Tahun 

Ahli                 : 2014

 

Latar belakang

En. Hamdan merupakan usahawan yang berkebolehan dalam mereka bentuk grafik bagi kad ucapan, jemputan, kad nama dan papan tanda serta bahan bantu mengajar bagi Pendidikan Islam, j-QAF dan lain-lain. Mula menjadi usahawan sejak 4 tahun yang lalu, setelah berhenti kerja dari sebuah syarikat reka bentuk grafik dan digital.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau tidak menentu dalam sekitar RM500 – RM800 sebulan. Jumlah pelanggan bulanan juga tidak menentu turun-naiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Internet sangat membantu dalam pemasaran dan jualan. Internet merupakan medium yang sangat penting pada masa kini, terutamanya kepada perniaga atas talian seperti beliau.  Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam peningkatan jualan produknya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, penjualan produknya telah menunjukkan peningkatan. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat hampir 2 kali ganda mencecah RM1500 – RM2000 namun, bergantung kepada keadaan dan musim.

ok

 

Asas Komputer dan Internet

Nama              : Mustapa Bin Sulaiman

Umur              : 65 Tahun 

Ahli                 : 2018

 

Latar belakang

En. Mustapa merupakan salah seorang warga emas di Pekan Jelawat yang sangat berminat dengan IT. Beliau mula mendaftar menjadi ahli pada Mac tahun 2018. Penguasaan beliau dalam ilmu ICT boleh dikatakan sangat lemah dan tidak tahu apa-apa. Namun, setelah berkunjung ke Pusat Internet (PI), dan menyertai kelas Asas Komputer, pengetahuan En. Mustapa dalam ICT mulai meningkat sedikit demi sedikit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak mengenali apa itu komputer dan internet. Atas dorongan minat yang tinggi, beliau memberanikan diri mengunjungi Pusat Internet Pekan Jelawat untuk menimba ilmu pengetahuan dalam ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas asas komputer, pengetahuan En. Mustapa dalam ICT mulai bertambah dan berkembang. Kini, tahap penguasaan En. Mustapa dalam penggunaan komputer adalah lebih baik, dan tidak kekok lagi. Malah, En. Mustapa mula mengenali setiap peralatan komputer serta tahu bagaimana cara untuk melayari internet. Selain dapat memenuhi hobi baru beliau, dengan adanya komputer dan internet.

IMG 6713