Tarikh              : 17 Dis 2018 (Jumaat)

Masa               : 9.00 Pg-12.00 Tgh 

Tempat            : PI Pekan Jelawat 

Peserta           : 100 orang 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet (PI) sebagai tempat rujukan komuniti sihat, yang dapat mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO dalam mewujudkan Komuniti sihat, yang mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih.

Aktiviti

Program "Jom Sihat Bersama Pusat Internet " telah diadakan pada 14 Disember 2018 pada hari Jumaat bermula jam 8.30pagi sehingga 12.30 tengahari. Program ini telah dijayakan oleh agensi dan NGO melalui penyertaan seperti daripada Unit Tabung Darah HUSM Kubang Kerian (Kerajaan), Pusat Kesihatan Bachok (Kerajaan), Usahawan AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (Kerajaan), Klinik 1Malaysia Pekan Jelawat (Kerajaan), dan ONE XOX (Swasta). Antara pengisian di sepanjang program ialah seperti Pameran dan Ceramah Kesihatan (Kesan dan Bahaya Merokok kepada Kesihatan), Pemeriksaan Kesihatan,  dan Kempen Menderma Darah. Program "Jom Sihat Bersama Pusat Internet " juga dimeriahkan lagi dengan aktiviti-aktiviti sampingan seperti:-

- Pertandingan Mewarna Online
- Pertandingan Jom Kira Kalori (Carian Internet)
- Pertandingan Kuiz Kahoot “JOM SIHAT”
- Pertandingan Meneka Silang Kata
- Cabutan Bertuah  

Gambar disini...

 

Tarikh              : 17/11/2018

Masa               : 9.00 Pg-12.00 Tgh 

Tempat            : PI Pekan Jelawat 

Peserta           : 5 orang 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk mendidik lebih ramai lagi pelajar agar dapat membiasakan diri dengan aplikasi E-Pembelajaran. Selain dapat memperkenalkan teknologi kepada pelajar dalam melahirkan masyarakat yang celik IT serta dapat merapatkan jurang sosio-ekonomi antara komuniti.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan aplikasi E-Pembelajaran. Setelah itu, peserta didedahkan dengan asas teknologi maklumat dan komunikasi melalui pembelajaran atas talian menerusi penggunaan berbagai laman sesawang yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian.

Gambar disini...

 

Tarikh              : 14/11/2018

Masa               : 9.00 Pg-12.00 Tgh 

                          2.00 Ptg-5.00 Ptg

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 15 orang 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan dapat merebut peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan Keusahawanan melalui Latihan Asas E-Rezeki dan fungsinya. Penjelasan secara teperinci, jelas dan tepat yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Dalam Latihan Asas E-Rezeki, peserta akan dilatih dan diberi taklimat mengenai erezeki dan platform sepertimana yang ditetapkan oleh MDEC. Peserta akan diterangkan dengan cara mendaftar erezeki dan bagaimana mencari kerja yang terdapat dalam erezeki. Peserta juga diwajibkan menjawab survey bagi melengkapkan pendaftaran akaun yang sah.

Gambar disini...

 

Tarikh              : 14 dan 17/11/2018

Masa               : 12.00 Tgh-1.00 Ptg

                          5.00 Ptg-6.00 Ptg

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 20 orang 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Secara amnya,ia adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

  • Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

 

Aktiviti

Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan 3 aspek tersebut secara jelas dan terperinci. Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Peserta didedahkan dengan isu-isu seperti:

Keselamatan: Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat

Kewaspadaan: Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)

Tanggungjawab: Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.

 

Gambar disini...

 

Tarikh              : 11/10/2018

Masa               : 9.00 Pg-1.00 Ptg 

                          2.00 Ptg-6.00 Ptg

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 10 orang 

 

Tujuan

Program eUsahawan ini merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, peserta berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa. Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan Keusahawanan melalui Latihan Asas E-Usahawan dan fungsinya. Penjelasan secara teperinci, jelas dan tepat yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Dalam Latihan Asas E-Usahawan, peserta akan dilatih dan diberi taklimat mengenai pemasaran dalam talian dan penggunaan platform sepertimana yang ditetapkan oleh pihak MDEC. Peserta telah didedahkan dengan cara memanfaatkan penggunaan platform digital dan asas medium media baru dalam mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

Gambar disini...