Tarikh              : 02&03/08/2019

Masa               : 9.00 Pagi-5.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 40 orang 

Tujuan

  • Melatih dan mengajar cara penggunaan aplikasi Microsoft Office Excel dan Sunting Imej menggunakan Adobe Photoshop kepada pelajar sekolah dan belia dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap pengendalian aplikasi perisian tersebut dan memudahkan dalam melakukan tugasan sekolah serta membantu belia dalam membuat suntingan imej bagi memudahkan aktiviti mereka. Mereka juga turut diajar tentang cara penggunaan asas komputer secara efektif.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Excel dan Adobe Photoshop secara berkesan tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dan Adobe dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga cara menggunakan formula dalam excel serta membuat pengiraan dengan cepat dan lebih terperinci menggunakan excel. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat suntingan imej yang menarik dengan kaedah yang betul dan sistematik.

 

Gambar Disini ....

Tarikh              : 17/08/2019

Masa               : 8.30 Pagi-12.30 Tengahari

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 105 orang 

Tujuan

  • Mendekati masyarakat dan mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat, komuniti setempat, dan usahawan sekitar

Aktiviti

Pengunjung dapat peluang untuk memeriksa kesihatan, memeriksa gigi dan pelajar-pelajar sekolah dapat menyertai pertandingan yang diadakan seperti teka silang kata, mewarna dan banyak lagi. Manakala peserta dewasa dapat menyertai pertandingan gubahan buahan. Selain itu, pengunjung boleh mendaftar talian mudah alih red one. Pengunjung juga diberikan taklimat berkenaan PekaB40 oleh doktor dari klinik kesihatan.

Gambar disini ..

Tarikh              : 15-26/06/2019

Masa               : 9.00 Pagi-1.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 50 orang 

Tujuan

  • Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi Microsoft Office Word, dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap pengendalian aplikasi perisian tersebut dan memudahkan dalam melakukan tugasan sekolah serta membantu belia dalam membuka akaun emel yang baru bagi memudahkan komunikasi mereka.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word secara berkesan tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga cara membuat carta pie dengan lebih terperinci menggunakan word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat emel baru dan cara menggunakan emel dengan kaedah yang betul.

Gambar disini ...

Tarikh              : 03-24/07/2019

Masa               : 9.00 Pagi-5.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 60 orang 

 

Tujuan

  • Melatih dan mengajar cara penggunaan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint kepada pelajar dan belia dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap pengendalian aplikasi perisian tersebut dan memudahkan dalam melakukan tugasan sekolah serta membantu belia dalam membuat resume yang baru bagi memudahkan aktiviti mereka. Mereka juga turut diajar tentang cara penggunaan asas komputer secara efektif.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan PowerPoint secara berkesan tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga cara membuat resume dengan lebih terperinci menggunakan word dan canva secara online. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat resume yang menarik dengan kaedah yang betul dan sistematik.

Gambar disini ...

Tarikh              : 11,18,21,25/05/2019

Masa               : 9.00 Pagi-1.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 40 orang 

 

Tujuan

  • Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi Microsoft Office Word, dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap pengendalian aplikasi perisian tersebut dan memudahkan dalam melakukan tugasan sekolah serta membantu belia membuat permohonan pekerjaan secara atas talian menerusi talian SPA8i selain dapat mengalakkan golongan lepasan sekolah dan belia mencari peluang pekerjaan melalui atas talian.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word secara berkesan tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga cara membuat jadual sekolah dengan lebih terperinci menggunakan word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat permohonan secara atas talian menerusi sistem aplikasi yang disediakan oleh pihak kerajaan. Melalui permohonan ini peserta diberi taklimat ringkas dan hendaklah memenuhi kriteria syarat yang telah digariskan oleh pihak berkenaan agar permohonan tersebut di proses dan diberi pertimbangan yang sewajarnya dengan  kategori permohonan yang dibuat.

Gambar disini...