Tarikh              : 17 dan 23/01/2019

Masa               :10.00 Pagi-1.00 Petang 

                         2.00 Petang-6.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 20 orang

 

Tujuan 

Membantu belia membuat permohonan pekerjaan secara atas talian menerusi talian SPA8i selain dapat mengalakkan golongan lepasan sekolah dan belia mencari peluang pekerjaan melalui atas talian.

Aktiviti 

Memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat permohonan secara atas talian menerusi sistem aplikasi yang disediakan oleh pihak kerajaan. Melalui permohonan ini peserta diberi taklimat ringkas dan hendaklah memenuhi kriteria syarat yang telah digariskan oleh pihak berkenaan agar permohonan tersebut di proses dan diberi pertimbangan yang sewajarnya dengan  kategori permohonan yang dibuat. 

Gambar disini...

 

Tarikh              : 16 dan 17/01/2019

Masa               : 9.00 Pagi-1.00 Petang

                          2.00 Petang-6.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 20 orang 

 

Tujuan

  • Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi Microsoft Office terutamanya Word dan Power Point, dalam meningkatkan tahap penguasaan terhadap pengendalian aplikasi perisian tersebut.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Power Point secara berkesan tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dalam diri setiap peserta. Selain itu, sebagai medium persediaan utama dalam menghasilkan Folio kerja kursus sepertimana yang digariskan sebagai syarat utama dalam sesuatu subjek matapelajaran di sekolah bagi melayakkan seseorang pelajar mendapatkan sijil dalam peperiksaan utama seperti PT3 dan SPM.

Gambar disini...

 

Tarikh              : 21/12/2018

Masa               : 2.00 Ptg-6.00 Ptg

Tempat            : PI Pekan Jelawat 

Peserta           : 10 orang 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk mendidik lebih ramai lagi komuniti untuk menjadi seorang usahawan. Melalui My Shop, peserta akan diterapkan dengan nilai-nilai keusahawanan dikalangan diri setiap peserta yang hadir. Memberi kefamahaman yang jelas terhadap aplikasi Dashboard. Selain dapat meningkatkan penguasaan penggunaan Internet dan pengendalian aplikasi perisian. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan teknologi kepada komuniti dalam melahirkan masyarakat yang celik IT serta dapat merapatkan jurang sosio-ekonomi antara komuniti.

Aktiviti

Dalam Dashboard Komuniti (My Shop), peserta. akan dilatih dan diberi taklimat mengenai My Shop dengan memuatnaik gambar dan keterangan berkaitan produk yang ingin di jual. Melatih peserta ke arah menjadi usahawan melalui asas keusahawanan.

Gambar disini...

 

Tarikh              : 04/01/2019

Masa               : 2.00 Ptg-6.00 Ptg          

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 1 orang 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan dapat merebut peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan Keusahawanan melalui Latihan Asas E-Rezeki dan fungsinya. Penjelasan secara teperinci, jelas dan tepat yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Dalam Latihan Asas E-Rezeki, peserta akan dilatih dan diberi taklimat mengenai erezeki dan platform sepertimana yang ditetapkan oleh MDEC. Peserta akan diterangkan dengan cara mendaftar erezeki dan bagaimana mencari kerja yang terdapat dalam erezeki. Peserta juga diwajibkan menjawab survey bagi melengkapkan pendaftaran akaun yang sah.

Gambar disini...

 

Tarikh              : 3,4 dan 21/12/2018

Masa               : 9.00 Pg-1.00 Ptg

Tempat            : PI Pekan Jelawat 

Peserta           : 30 orang 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk mendidik lebih ramai lagi pelajar agar dapat membiasakan diri dengan aplikasi E-Pembelajaran (pembelajaran atas talian). Selain dapat memperkenalkan teknologi kepada pelajar dalam melahirkan masyarakat yang celik IT serta dapat merapatkan jurang sosio-ekonomi antara komuniti.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan aplikasi E-Pembelajaran. Setelah itu, peserta didedahkan dengan asas teknologi maklumat dan komunikasi melalui pembelajaran atas talian menerusi penggunaan berbagai laman sesawang yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian.

Gambar disini...