Nama : HJ IBRAHIM BIN MAMAT

Umur : 73 tahun

Ahli Sejak : 2011

 

Latar belakang

Hj. Ibrahim merupakan Imam di Masjid Naim, Pekan Jelawat. Beliau mula menjadi ahli sejak tahun 2011 lagi. Namun penguasaan beliau dalam ilmu ICT beliau boleh dikatakan sangat lemah dan tidak tahu apa-apa. Namun, setelah berkunjung ke PI1M, dan menyertai kelas Asas Komputer, pengetahuan Imam Hj. Ibrahim dalam ICT mulai meningkat sedikit demi sedikit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kerjaya Hj. Ibrahim sebagai seorang imam memerlukan beliau berkebolehan dalam menggunakan komputer. Pada awalnya beliau tidak mengenali apa itu komputer dan internet. Atas desakkan minat yang tinggi, beliau memberanikan diri mengunjungi Pusat Internet 1Malaysia Pekan Jelawat untuk menimba ilmu pengetahuan dalam ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menghadiri kelas asas komputer, pengetahuan Hj. Ibrahim dalam ICT mulai bertambah dan berkembang. Kini, tahap penguasaan Hj. Ibrahim dalam penggunaan komputer adalah lebih baik, dan tidak kekok lagi. Malah, Hj. Ibrahim mula mengenali setiap peralatan komputer serta tahu bagaimana cara untuk melayari internet. Selain dapat memudahkan urusan seharian beliau, dengan adanya komputer dan internet serta beliau berpeluang untuk memajukan diri selari dengan arus perdana sebagai seorang yang celik IT.

 

29066712 10210499516916559 7346279755781505024 o