Pengenalan kepada Komputer

Nama              : NIK WAN MUMTAZH BT WAN RAMLI

Umur              : 30 Tahun 

Ahli                 : 2012

Latar belakang

Saudari Nik adalah seorang warga pekan jelawat yang selalu berkunjung ke Pusat Internet. Saudari Nik menghadiri kelas asas komputer untuk mempelajari cara menggunakan komputer dengan lebih berkesan dan berhemah serta saudari Nik ingin mempersiapkan diri dalam menempuh dunia sekarang yang berteknologi tinggi. Beliau selalu menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet dalam meningkatkan ilmu pengetahuan beliau dengan melayari laman sesawang yang berkaitan. Saudari Nik merupakan seorang yang cepat belajar .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengunjungi PI, tahap pengetahuan dalam ICT Saudari Nik adalah sederhana mahir dan dia ingin meningkatkan lagi pengetahuannya dalam ICT dan belajar menggunakan komputer dengan mahir dan berhemah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah berkunjung ke PI, Saudari Nik sentiasa belajar dan tekun dalam mempelajari cara penggunaan komputer dan selok belok penggunaan. Setelah menghadiri beberapa kelas asas komputer Saudari Nik mahir dalam penggunaan komputer tanpa tunjuk ajar dari pihak pengajar.

IMG 8526