Makanan (Pizza & Roti Homemade)

Nama              : Nur Farah Wahida

Umur              : 25 Tahun 

Ahli                 : 2011

Latar belakang

Cik Farah telah menjalankan servis jualan makanan(homemade) kepada penduduk setempat dan menjalankan penghantaran cod ke setiap rumah pelanggannya yang membuat tempahan melalui nya. Cik Farah membuka jualan secara atas talian melaui facebook mahupun whatsapp Kini jualan beliau mendapat permintaan tinggi dari pelanggan setempat mahupun atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan. Cik Farah hanya menjalankan jualannya secara manual iaitu melalui lebaran flyer kepada penduduk sekeliling dan membuka gerai yang berhampiran dengan kawasan rumahnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda  dan mencecah sekitar RM800 – RM1000.

6