Makanan (Burger)

Nama              : Mohamad Faizuddin 

Umur              : 27 Tahun 

Ahli                 : 2011

Latar belakang

En Faiz telah menjalankan servis jualan makanan kepada penduduk setempat dan memberikan peluang kepada sesiapa yang ingin bekerja dibawahnya sebagai pembuat burger mahupun penghantar makanan. En Faiz membuka jualan secara atas talian melaui facebook mahupun whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan. En Faiz hanya menjalankan jualannya secara manual iaitu melalui lebaran flyer kepada penduduk sekeliling dan membuka gerai yang berhampiran dengan kawasan rumahnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda  dan mencecah sekitar RM800 – RM1000.

 

57274461 130638664763230 3048571609221693440 o