Pembekal Kosmetik dan Kecantikan

Nama              : Nur Nabilah Huda Bt Zulkiflee

Umur              : 25 Tahun 

Ahli                 : 2010

Latar belakang

Pn Bella merupakan seorang usahawan kosmetik dan kecantikan secara atas talian dan luar talian kepada pelanggannya. Di samping itu, beliau juga merupakan pembekal kosmetik kepada agen-agen dibawah seliaan beliau. Pn Bella telah menjalankan perniagaan kosmetik dan kecantikan hampir 5 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaanya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda  dan mencecah sekitar RM1600 – RM2000.

Capture