Pembekal daging Itik (Serati) segar.

Nama              : Nur Aida Bt Mohd Nasir

Umur              : 31 Tahun 

Ahli                 : 2010

 

Latar belakang

Pn. Nur Aida merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan keluarga dengan membeli, memproses dan membekalkan daging itik serati segar. Disamping itu, beliau juga adalah seorang pembekal  Ayam Daging dan Ayam Kampung, Ikan (pelbagai jenis ikan), Daun Palas (pada musim perayaan), Bantal (pillow), Kuih (tepung pelita) dan Satey (musim perayaan) mengikut musim dan kawasan yang tertentu sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM800 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan penjualan produknya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi penjualan produk dan mengembangkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda  dan mencecah sekitar RM1000 – RM1500.

k