Usahawan Rekabentuk Grafik

Nama              : Hamdan B Hj. Mohd Yusoff

Umur              : 40 Tahun 

Ahli                 : 2014

 

Latar belakang

En. Hamdan merupakan usahawan yang berkebolehan dalam mereka bentuk grafik bagi kad ucapan, jemputan, kad nama dan papan tanda serta bahan bantu mengajar bagi Pendidikan Islam, j-QAF dan lain-lain. Mula menjadi usahawan sejak 4 tahun yang lalu, setelah berhenti kerja dari sebuah syarikat reka bentuk grafik dan digital.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau tidak menentu dalam sekitar RM500 – RM800 sebulan. Jumlah pelanggan bulanan juga tidak menentu turun-naiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Internet sangat membantu dalam pemasaran dan jualan. Internet merupakan medium yang sangat penting pada masa kini, terutamanya kepada perniaga atas talian seperti beliau.  Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam peningkatan jualan produknya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, penjualan produknya telah menunjukkan peningkatan. Pendapatan bulanan beliau kini meningkat hampir 2 kali ganda mencecah RM1500 – RM2000 namun, bergantung kepada keadaan dan musim.

ok