Usahawan Gerai Air Batu Campur (ABC) dan Roti Canai.

Nama              : Mohamad Faizal Sulaiman

Umur              : 32 Tahun 

Ahli                 : 2009

 

Latar belakang

En. Faizal merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perkhidmatan produk makanan gerai Air Batu Campur (ABC) dan roti canai. Disamping itu, beliau juga ada menyediakan perkhidmatan (catering) secara kecil-kecilan disekitar Pekan Jelawat dan Bachok. Sedia menerima tempahan untuk sebarang majlis keraian dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet, ianya sangat membantu dalam meningkatkan penjualan produknya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau berjaya mempromosikan serta meluaskan perkhidmatannya kepada penduduk di luar Pekan Jelawat. Pendapatan bulanan beliau kini mampu menjana hampir 2 kali ganda  dan mencecah sekitar RM500 – RM1000.

PJ