Nama              : Mohammad Syafiq Bin Muhd

Umur              : 8 Tahun 

Ahli                 : 2017

 

Latar belakang

Adik Mohammad Syafiq adalah seorang yang pendiam dan agak pemalu. Tahap penguasaan dalam ilmu ICT adik Syafiq pula adalah sangat lemah dan masih lagi tidak tahu apa-apa. Namun, setelah berkunjung ke PI1M, dan menyertai kelas Asas Komputer, perwatakan adik Syafiq mulai berubah dari seorang yang pendiam, kini adik Syafiq lebih berkeyakinan. Pengetahuan Adik Syafiq  dalam ICT juga mulai meningkat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengunjungi PI1M, tahap pengetahuan dalam ICT sangat lemah dan masih tidak tahu apa-apa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah berkunjung ke Pusat Internet, dengan menyertai kelas Asas Komputer, pengetahuan Adik Syafiq dalam ICT mulai meningkat. Adik Syafiq mulai tahu serba sedikit perkara asas dalam ICT seperti melayari internet, menaip, menyimpan rekod, membuat pengiraan, mencari maklumat, memuat turun gambar dan lagu, dan bermain permainan berkomputer. Dari seorang yang pendiam, kini adik Syafiq lebih yakin pada diri sendiri dan lebih positif berbanding dengan sebelum ini.

IMG 2032