Tarikh              : 01-21/04/2022

Masa               : 9.00 Pagi-1.00 Petang

Tempat            : PIK Pekan Jelawat

Peserta           : 31 orang 

Tujuan

    • Melatih dan menunjuk cara yang betul dalam mendaftar akaun berniaga secara atas talian menggunakan shopee platform. Memperkenalkan teknologi kepada komuniti (belia dan lepasan sekolah/universiti) dan meningkatkan penguasaan terhadap penggunaan komputer dan platform perniagaan secara atas talian serta cara mengendalikan perisisian tersebut. Kelas keusahawan dibuka kepada setiap komuniti dalam membantu mempromosikan jualan mereka secara atas talian dengan mengajar cara penggunaan shopee dan platform lain. Kami juga mengajar asas kepada pengenalan komputer yang dimana mereka tidak mahir dalam menggunakan komputer. Kami juga menayangkan video tentang KDB kepada mereka.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi shopee serta mengajar mereka tentang cara penggunaan komputer dengan betul dan berhemah. Peserta diajar tentang penggunaan dan manfaat aplikasi shopee dan software lain dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga cara menggunakan software untuk menghasilkan kerja yang baik. Mereka juga diajar cara membuat menguruskan perniagaan mereka dengan bagus dan berkesan. Pengajaran tentang usahawan secara atas talian dapat membantu mereka serba sedikit dalam selok belok meniaga secara atas talian.

Gambar Disini ..