Tarikh              : 04-20/10/2020

Masa               : 9.00 Pagi-6.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 30 orang 

Tujuan

    • Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi Microsoft Office (word) dan untuk suntingan imej pelajar dibenarkan menggunakan microsoft office 2010 atau photoshop atau paint.  Memperkenalkan teknologi kepada komuniti (pelajar sekolah menengah) dan meningkatkan penguasaan terhadap penggunaan Microsoft office serta cara mengendalikan aplikasi perisisian tersebut. kami juga mengajar asas pengenalan komputer yang dimana mereka tidak mahir dalam menggunakan komputer. Kami juga menayangkan video tentang KDB kepada mereka. Juga memperkenalkan beberapa perkakasan serta fungsinya agar mereka lebih mahir dalam menggunakan komputer. Menerapkan kemahiran ke dalam setiap diri peserta tentang kebaikan dan manfaat teknologi kepada kehidupan seharian mereka.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office word dalam menyelesaikan tugasan kerja kursus sekolah mereka serta mengajar mereka tentang cara penggunaan komputer dengan betul dan berhemah. Peserta diajar tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dan software lain dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga cara menggunakan software untuk menghasilkan kerja yang baik. Mereka juga diajar cara bagaimana untuk menggunakan aplikasi tersebut dengan lebih bagus dan berkesan. Setiap peserta yang hadir mahir dalam mengendalikan setiap perisian yang digunakan oleh mereka.

Gambar disini ..