Tarikh              : 06-21/07/2020

Masa               : 9.00 Pagi-6.00 Petang

Tempat            : PI Pekan Jelawat

Peserta           : 30 orang 

Tujuan

    • Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi Microsoft Office (powerpoint dan word) serta cara mengisi E-Qaryah & SPA8i.  Memperkenalkan teknologi kepada komuniti (belia,lepasan sekolah, Universiti dan pelajar sekolah) dan meningkatkan penguasaan terhadap penggunaan Microsoft office serta cara pengisian secara atas talian dan cara mengendalikan aplikasi perisisian tersebut. kami juga mengajar asas pengenalan komputer yang dimana mereka tidak mahir dalam menggunakan komputer. Kami juga menayangkan video tentang KDB kepada mereka. Juga memperkenalkan beberapa perkakasan serta fungsinya agar mereka lebih mahir dalam menggunakan komputer. Menerapkan kemahiran ke dalam setiap diri peserta tentang kebaikan dan manfaat teknologi kepada kehidupan seharian mereka.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office powerpoint dan word dalam menyelesaikan tugasan kerja kursus sekolah mereka serta pengsisan secara atas talian dan mengajar mereka tentang cara penggunaan komputer dengan betul dan berhemah. Peserta diajar tentang penggunaan dan manfaat aplikasi Microsoft Office dan software lain dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga cara menggunakan software untuk menghasilkan kerja yang baik. Mereka juga diajar cara bagaimana mengisi borang atas talian dengan lebih bagus dan berkesan.

Gambar disini ..