Tarikh              : 18 dan 20/07/2018

Masa               : 10.00 Pagi-1.00 Petang 

Tempat            : Pi1M Pekan Jelawat

Peserta           : 5 orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

Aktiviti

Peserta diberi taklimat dan latihan yang berkaitan dengan Keusahawanan melalui Latihan Asas E-Rezeki dan fungsinya. Penjelasan secara teperinci, jelas dan tepat yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Dalam Latihan Asas E-Rezeki, peserta akan dilatih dan diberi taklimat mengenai erezeki dan platform sepertimana yang ditetapkan oleh MDEC. Bagaimana mendaftar erezeki dan bagaimana mencari kerja yang terdapat dalam erezeki. Peserta juga diwajibkan menjawab survey bagi melengkapkan pendaftaran akaun yang sah.

Gambar disini...