Makluman kepada semua ahli dan pengguna di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Jelawat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’.
Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020. Pihak MCMC juga menggalakkan penyertaan dari pengguna dan ahli PI1M dalam pertandingan ini bagi mencungkil bakat dan menzahirkan kreativiti mereka.
Anda boleh layari pautan(link) seperti di bawah untuk maklumat lanjut. Jom Sertai!!

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/pengumuman/pertandingan_video_kretif.php