Aksesori Unik

Nama              : Mohd Kamro Bin Che Awang

Umur              : 46 Tahun 

Ahli                 : 2020

Latar belakang

En Kamro telah menjalankan servis jualan alatan unik seperti keris, pisau, batu permata dan lain-lain kepada penduduk setempat selama setahun setengah dan kemudian beliau memasarkan produknya secara atas talian kerana ingin memperkenalkan produknya keseluruh negeri. Produknya kini mendapat sambutan dari setiap pelusuk negeri. Pada awal perniagaan sambutan tidak berapa hangat tapi setelah mencuba pelbagai pendekatan penjualan yang dipelajari jualan beliau meningkat dari hari ke hari.

libatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1200 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda  dan mencecah sekitar RM1200 – RM1500.

q