Peralatan dan Aksesori Unik

Nama              : Nur Azuan Bin P Remli

Umur              : 32 Tahun 

Ahli                 : 2019

Latar belakang

En Azuan telah menjalankan servis jualan peralatan/aksesori unik ini kepada komuniti hampir satu tahun. Jualan En Azuan pada mulanya hanya menumpukan sekitar Kelantan, setelah beliau mengambil kelas keusahawanan di PI jelawat jualan beliau kini telah merangkumi seluruh Malaysia dan mendapat sambutan yang baik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Malaysia, ianya sangat membantu dalam meningkatkan Promosi perniagaannya kini. Melalui bimbingan kelas serta asas keusahawanan yang dianjurkan, beliau dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam berniaga secara ‘online’ dengan mempromosikan secara meluas perkhidmatannya kepada seluruh penduduk di dalam dan luar Pekan Jelawat. Pendapatan bersih bulanan beliau kini telah menigkat hampir 2 kali ganda  dan mencecah sekitar RM1000 – RM1500.

ui