Tarikh              : 4-8/09/2022

Masa               : 9.00 Pagi-1.00 Petang

Tempat            : PEDi Pekan Jelawat

Peserta           : 28 orang 

Tujuan

    • Melatih dan membiasakan pelajar dengan aplikasi perniagaan secara atas talian dan permohonan secara atas talian serta mengajar cara pengisian dengan mudah. Memperkenalkan teknologi kepada komuniti (pelajar sekolah,belia dan lepasan sekolah/universiti) dan meningkatkan penguasaan terhadap penggunaan komputer dan aplikasi online serta cara mengendalikan aplikasi perisisian tersebut. Serta kelas keusahawan dibuka kepada setiap komuniti dalam membantu mempromosikan jualan mereka secara atas talian dengan mengajar cara penggunaan shopee dan platform lain. Kami juga mengajar asas kepada pengenalan komputer kepada mereka tidak mahir dalam menggunakan komputer dan mengajar mereka cara mengendalikan komputer dengan berkesan. Kami juga menayangkan video tentang KDB kepada mereka.

Aktiviti

Peserta dilatih dengan menggunakan aplikasi shopee dan aplikasi online yang lain serta mengajar mereka tentang cara penggunaan komputer dengan betul dan berhemah. Peserta diajar tentang penggunaan dan manfaat aplikasi online software lain dalam diri setiap peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas menaip dan juga cara menggunakan software untuk menghasilkan kerja yang baik. Mereka juga diajar cara mengendalikan komputer dengan bagus dan berkesan. Pengajaran tentang usahawan secara atas talian dapat membantu mereka serba sedikit dalam selok belok meniaga secara online.

Gambar Disini ..